Seorang pegawai tentera Ukraine merayu supaya orang awam dan anggota tentera yang cedera diselamatkan dan dibawa keluar dari kilang besi Azovstal di Mariupol.<br /><br />Kilang tersebut difahamkan kubu terakhir buat tentera Ukraine, selepas rusia umum telah menawan bandar Mariupol.
